Ejaan Kedayan

PANDUAN RINGKAS SISTEM EJAAN KADAYAN

1. Huruf - huruf Vokal Kadayan

Secara amnya bunyi vokal (vowel sound) kedayan adalah lebih ringkas berbanding dengan Bahasa Melayu iaitu hanya terdiri dari 3 bunyi. Bunyi berkenaan ialah a, i dan u. Kecuali setelah dipengaruhi dengan kuatnya oleh Bahasa Melayu di mana anak-anak Kadayan mempelajarinya sebagai lingua franca, vokal o dan e, sama ada e pepet atau ĕ taling hampir tidak wujud di dalam perbendaraan kata kadayan.




Susunan Standard Penulisan
di Kedayan Apakian?

1. Fonetik
2. Variasi Ejaan
3. Kata asal
4. Asal kata
5. Deskripsi
6. Contoh
7. Variasi makna

Contohnya:

* Besar= basaa
* Otak= utak
* Kota = kuta

Vokal o cuma wujud sebagai gandingan kepada konsonan r.

Contohnya:

telur= taloo di mana o berfungsi sebagai konsonan gantian.

Jadi vokal kedayan cuma separuh berbanding dengan enam pada sistem ejaan melayu (a, e, ĕ, i, o, u ).

(Nota: Huruf vokal Bahasa Melayu memang terdiri dari enam huruf; bukan lima seperti yang ada di dalam penulisan melayu baku . Di dalam hal ini “e” taling (ĕ) telah ditiadakan sebagai suatu kompromi semasa berlaku penyatuan sistem ejaan Melayu - Indonesia pada 1972 (74?) dahulu).

Vokal yang sedikit ini merupakan satu “advantage” bagi orang Kadayan kerana pengucapan baku boleh dibuat secara mudah. Tidak seperti bahasa melayu, kita tidak perlu keliru seperti bila membaca perkataan melayu bertulisan rumi, misalnya emak (ĕmak) bunyinya tidak sama dengan enak, tetapi dieja sama sahaja.

2. Bagaimana dengan huruf lain?

Konsonan melayu yang nyata ditinggalkan oleh kedayan ialah ** r**. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, ia akan berbunyi

  • r=aa
  • besar=basaa
  • r=ii
  • pandir=pandii
  • r=oo atau r=uu
  • telur=taluu obor=oboo
  • r=ing
  • air=aing

3. Huruf huruf Kedayan yang selebihnya

Huruf-huruf selebihnya yang dimaksudkan ialah huruf-huruf berikut:

b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w dan y.

Oleh itu, ejaan kedayan akan menjadi lengkap dengan 18 huruf. Kecualilah kita mengikut dasar yang sama dengan sistem ejaan melayu di mana mereka menetapkan supaya semua perkataan yang dipinjam perlu sedapat dapatnya dikekalkan di bunyinya.

Adaptasi dari artikel "Sistem Ejaan Kedayan, Satu Pandangan Peribadi" oleh Arimi bin Sidek untuk siaran Kedayan Online, 2001.



This page is brought to you by Arimi Sidek, Kedayan.Org WikiApakian? Project Founder. 2006-2015.

Unless otherwise stated, the content of this page is licensed under Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 License